B6D2E2
Langkah Pemeliharaan & Pemuliharaan
1. Penghutanan semula ialah kegiatan menanam semula pokok-pokok di kawasan hutan yang telah ditebang dengan spesies yang bermutu tinggi dan cepat membesar.
2. Antara spesies pokok yang dipilih dalam program penghutanan semula termasuk akasia,pain,batai dan yemane.
3. Jabatan Perhutanan Malaysia bertanggungjawab untuk menjalankan penghutanan semula .Kaedah ini dijalankan secara terancang dan sistematik.
4. Tujuan utama penghutanan semula adalah untuk memastikan bekalan kayu yang bermutu dapat dibekalkan secara berterusan.
5. Penghutanan semula giat dijalankan di kawasan ladang hutan seperti di Bukit Tinggi, Pahang dan Sandakan, Sabah.
Mewartakan Hutan Simpan Dan taman Negara

1.Kerajaan mewartakan hutan simpan dan taman negara untuk melindungi tumbuh-tumbuhan semula jadi dan hidupan liar di negara kita.
2. Kegiatan pembalakan, penerokaan hutan , dan pemburuan binatang tidak dibenarkan di kawasan tersebut.
3. PERHILITAN bertanggungjawab untuk melindungi hidupan liar dan taman negara di negara kita.
Penanaman Berteres
1.Kaedah penanaman berteres telah dijalankan di kawasan cerun bukit untuk menanam pelbagai jenis tanaman seperti getah,kelapa sawit, dan teh.
2. Tujuan utama langkah ini adalah untuk mencegah kejadian hakisan tanah dan tanah runtuh di kawasan cerun bukit. (Fokus PMR)
2. Tujuan utama langkah ini adalah untuk mencegah kejadian hakisan tanah dan tanah runtuh di kawasan cerun bukit. (Fokus PMR)

No comments:
Post a Comment