B5D2E1
KESAN-KESAN KEGIATAN MANUSIA TERHADAP TUMBUHAN SEMULA JADI DAN HIDUPAN LIAR
Keperluan hidupan manusia semakin bertambah dan pelbagai
kegiatan dilakukan untuk memenuhi keperluan-kelerluan tersebut. Hutan di tebang
untuk memperoleh sumber perhutanan, membina petempatan membina jaringan
pengankutan, menjalankan
aktiviti pertanian, penternakan dan perkilangan.
Kegiatan-kegiatan ini meninggalkan kesan terhadap tumbuhan
semula jadi dan hidupan liar. Dalam unit ini, kita akan meneliti kesan daripada
kegiatan pembalakan, petempatan, dan pertanian.
15.1 Kesan-kesan Kegiatan
Manusia terhadap Tumbuhan Semula Jadi dan Hidupan Liar
Kepupusan Flora dan Fauna
Penerokaan sumber hutan akan menyebabkan flora dan
fauna terancam kerana kehilangan habitat untuk membiak dan kekurangan
sumber makanan. Lambat-laun beberapa spesies tumbuh-tumbuhan dan haiwan
akan pupus. Antara beberapa spesies mamalia di Maaysia yang diancam
kepupusan ialah badak sumatera, gajah, harimau, dan orang utan ( Sumber: Alert
2001, Sahabat Alam Malaysia )
Ketandusan Tanih
Apabila pokok mati, daun, ranting, dan dahannya akan reput.
Keadaan cuaca yang panas dan lembab akan mencepatkan proses pereputan. Bahan
yang reput ini berbentuk humus. Humus mempunyai nutrien yang dapat
menyuburkan tanih.
Bakteria, kulat, dan serangga akan menguraikan tumbuh-tumbuhan
dan haiwan yang mati. Bahan kimia daripada tumbuhan dan haiwan ini akan
dibebaskan. Bahan ini akan terserap ke dalam tanih dan menjadi nutrien.
Penebangan hutan menyebabkan proses pembentukan humus dan
penguraian terhenti. Seterusnya lapisan atas tanih akan terdedah kepada hakisan
air larianpermukaan. Sebahagian air hujan akan melarutkan nutrien
dan minerallalu meresap ke lapisan bawah. Proses ini dikenali
sebagai larut-resap. Proses larut-resap akan meyebabkan lapisan atas tanig
kurang subur. Kedua-dua proses hakisan dan larut-resap akan meyebabkan tanih
hilang kesuburannya dan menjadi tandus.
Kejadian Banjir
Penebangan hutan di kawasan cerun bukit menyebabkan kawasan
tersebut menjadi gondol. Kawasan ini akan terdedah kepada hakisan.
Permukaan tanih akan terhakis dan dibawa ke sungai yang berhampiran. Seterusnya
tanih ini akan mendap di dasar sungai, terutamnya di kawasan hilir. Dasar
sungai akan menjadi cetek. Apabila hujan lebat turun, sungai akan menampung air
yang banyak. Air yang berlebihan ini akan melimpah ke kawasan sekitarnya lalu
menyebabkan banjir. Contohnya ialah kejadian banjir lumpur yang berlaku di
Sungai Sungkai, Perak pada tahun 2000 dan di bandar raya Kuala Lumpur pada
bulan Oktober 2001.
Pencemaran
Pembakaran hutan untuk pertanian menyebabkan pencemaran
udara. Contohnya kejadian jerebu yang buruk yang disebabkan
oleh pembakaran hutan., berlaku secara besar-besaran di Sumatera dan
Kalimantan, Indonesia pada tahun 1997.
Selain itu, penebangan hutan di hulu sungai pula menyebabkan
berlakunya pencemaran sungai. Apabila hutan di tebang, air hujan akan
menghakis tanah yang terdedah. Bahan yang terhakis ini akan dibawa ke sungai
lalu termendap di dasar sungai. Akhirnya, air sungai menjadi keruh dan
berkeladak.
15.2 Kesan Kegiatan Pembalakan,
Pertanian, dan Petempatan terhadap Tumbuhan Semula Jadi dan Hidupan
Liar
Kesan pembalakan
Pembalakan dijalankan untuk memperoleh kayu balak khususnya
untuk kegunaan dalam industri pembinaan. Kayu balak di gunakan juga untuk
membuat perabot dan kertas. Kayu balak juga menjadi bahan eksport negara kita.
Penebangan hutan untuk tujuan komersial ini telah menyebabkan kawasan hutan
yang luas ditebang.
Pokok-pokok yang ditebang tidak dapat digantikan dalam masa yang
singkat. Pokok kayu keras hutan hujan tropika mengambil masa yang lama untuk
membesar. Contohnya, pokok cengal dan merbau.
Apabila hutan dimusnahkan, hidupan liar akan kehilangan habitat
dan sumber makanan. Hidupan liar seperti orang utan, beruang matahari, buruang
raja udang,dan burung ekor bercabang akan terancamdan hampir pupus.
Hutan paya air masin berfungsi sebagaipanampan hakisan di
kawasan pinggir laut. Oleh itu, penebangan hutan paya air masin menyebabkan
pinggir laut terhakis. Walau bagaimanapun, jika dikalankan dengan terancang,
penerokaan hutan paya air masin dapat juga mendatangkan faedah. Hutan Simpan
Paya Laut di Larut Matang merupakan contoh hutan paya air masin yang diurus
dengan baik. Hutan ini membekalkan sumber kayu sejak tahun 1902. Contoh lain
ialah penerokaan hutan paya air masin di Pantai Remis, Perak dan Tanjung Dawai
di Merbok, Kedah yang dijadikan kawasan penternakan udang.
Foto 15.1 Aktiviti
pembalakan dapat memusnahkan pelbagai spesies flora dan fauna.
Kesan Kegiatan Pertanian
Pertanian pindah adalah kegiatan pertanian yang dilakukan
oleh petani tradiional di kawasan hutan hujan tropika. Untuk
menjalankannya, hutan diteroka dan dibakar untuk dijadikan kawasan bercucuk
tanam. Apabila tanihnya sudah kurang subur, pertanian akan dijalankan di
kawasan baru. Kegiatan pertanian sebegini akan menyebabkan kemusnahan hutan
yang semakin meluas.
Asap daripada pembakaran hutan akan mencemari udara. Kawasan
yang ditinggalkan itu pula akan menjadi tandus. Kawasan yang tandus akan
terdedah pada hakisan oleh air hujan. Air hujan akan menghakis tanah dan
membawanya ke sungai. Sebagai akibatnya, air sungai akan tercemar.
Penerokaan hutan untuk kegiatan pertanian komersial/pertanian
ladang turut menyebabkan kemusnahan flora dan fauna. Contohnya ialah pembukaan
kawasan penanaman getah dan kelapa sawit di Pahang Tenggara dan di Johor
Tenggara. Hidupan liar terutamanya gajah yang dahulunya banyak terdapat di
hutan itu kini tinggal 1008 ekor saja di seluruh Semenanjung Malaysia.
Foto 15.2 Kawasan hutan
yang diusahakan menjadi kawasan penanaman kelapa sawit
Kesan Kegiatan Petempatan
Pembinaan petempatan peneroka seperti di kawasan FELDA
menyebabkan sebahagian hutan telah di tebang. Akibatnya banyak spesies flora
yang musnah dan rantaian makanan hidupan liar turut terganggu.
Permintaan terhadap kawasan petempatan adalah sangat tinggi. Faktor
ini menyebabkan beberapa kawasan hutan tanah tinggi dijadikan kawasan
petempatan. Contohnya ialah pembinaan kondominium di Ampang, Uku Kelang,
Selangor. Kegiatan ini menyebabkan kejadian tanah runtuh serta pencemaran
sungai.
Semua kegiatan yang dijalankan itu adalah penting dalam hidup
kita. Namun demikian, semuanya perlu dijalankan denga terancang dan
terkawal agar tidak menjejaskan alam semulajadi dan mengancam hidup kita.







